21 October 2013

Keindahan ciptaan Allah SWT


Kenapa kita masih lagi menjadi hamba yang tidak bersyukur. Adakah kita tidak melihat kecantikan dan keindahan ciptaan Allah yang berada di mana sahaja. Buka je mata pada waktu pagi kita sudah melihat banyak ciptaan Allah ini.

Marilah kita menjadi hamba yang bersyukur dan menghargai dengan nikmat yang diberikan Allah. Janganlah kita mencampakkan diri kita kelembah kehinaan. Jadilah hamba Allah yang bersyukur dengan melihat sendiri Kebesaran Allah melalui pelbagai Ciptaan Allah ini.

Kadang kala bila kita diuji dengan kemewahan kita sudah berasa ego dan sombong. Kita begitu bangga jika kita dapat menaiki kapal terbang sampai kita lupa diri kita siapa. Ingatlah Rasulullah dapat berada di Sidratulmuntha yang malaikat sendiri tidak pernah sampai ke sana. Adakah Rasulullah ini sombong dan ego?. Jawapannya Tidak Sama sekali. Rasulullah tetap Hamba yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah.
.
 Mungkin kita dah berbesar hati dan timbul perasaan riak bila kita menaiki kereta mewah seperti Ferrari, BMW, Audi dan sebagainya. Dengan kelajuan 320KM/J. Ingat Rasullulah menaiki Buraj yang kelajuaannya hanya Allah yang mengetahuinya. Rasulullah tidak pernah rasa ego dan sombong bahkan Rasulullah tetap menjadi hamba yang sabar dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Sebab itulah Rasulullah digelarkan Al-Amin.

Untuk menjadi hamba yang berjaya dan cemerlang dari segi akidah dan sahsiah marilah kita beriman kepada Allah SWT dengan meneliti setiap kejadian Allah ini. Setiap kejadian Allah ada fungsi dan gunanya. Oleh yang demikian marilah kita buang  keegoan kita dengan rendah diri Sujud kepada Allah yang Satu.
Amin........